TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR
I. Fotografi boleh didefinasikan sebagai
satu proses rakaman cahaya.Kualiti sesuatu gambar itu bergantung kepada
ketelitian kita dalam memilih cahaya yang baik.
II. Banyak jenis cahaya yang boleh
diperolehi dari matahari,tetapi kadangkala kita terpaksa menunggu untuk
mendapatkan satu cahaya yang berkualiti untuk gambar kita.
Potret dibawah sinaran matahari
(a) Kekuatan cahaya sebegini akan
menghasilkan bayang-bayang yang jelas kelihatan di bawah hidung dan mata
subjek.Bayang bayang ini amat mengganggu pemerhatian kita.
(b) Salah satu cara untuk mengatasi
masalah ini ialah dengan menubah posisi subjek ke tempat yang redup,dimana
subjek tidak lagi diterangi oleh cahaya matahari tetapi subjek akan diterangi
oleh cahaya yang terpantul dari langit.
(c) Cahaya dari langit amat luas dan ia
nya tersebar.Cahaya yang tesebar tidak akan menghasilkan bayang bayang yang
jelas.
(d) Katakan kita hendak mengambil gambar
subjek dihadapan OBJEK yang disinari oleh cahaya matahari yang terik,kita tak
perlu la mengubah posisi SUBJEK ini kerana OBJEK yang terkena sinaran matahari
tadi telah memantulkan cahaya yang baik untuk SUBJEK kita.
(e) Kita akan dapat pencahayaan yang
baik jika kita rajin menunggu,lihat perubahan matahari dan kesan
sinaranya.Selalunya waktu awal pagi dan waktu senja adalah waktu yang amat
menarik dan cahaya nya cukup seimbang antara SUBJEK dan BACKGROUND
(f) Bagi fotografer professional yang
sentiasa mengejar masa,mereka akan menggunakan REFLECTOR untuk memantulkan
cahaya pada SUBJEK.Pembantu fotografer yang selalu pegang reflector ini.Mereka
juuga meletakan REFLECTOR bewarna perak,emas atau putih dibawah SUBJEK untuk
membantu lagi pantulan cahaya Ke arah SUBJEK,lantas mengurangkan bayang bayang.
(g) Ada juga yang dipanggl Cahaya
tiruan.Apabila kita menggunakan FLASH dan dihalakan ke SUBJEK,ianya akan
membesarkan lagi kawasan pencahayaan itu.Cahaya dari FLASH akan mengisi dan
mengurangkan bayang bayang pada SUBJEK.Proses ini dikenali sebagai FILL FLASH.
(h) FLASH elektronik mempunyai sama
warna seakan akan matahari sekitar waktu tengahari.Jika kita menggunakan FLASH
pada waktu ala pagi atau senja,hasilnya seperti tidak asli.Profesional
mengatasi masalah ini dengan memasang GEL bewarna dihadapan FLASH.
No comments:
Post a Comment